Sunday, October 25, 2009
Friday, October 23, 2009
ADAM AMSYAR
Adam Amsyar. Tarikh lahir 19.10.09 pada jam 6.45 petang. Berat 3.3kg.
Adam bermaksud ~nama nabi, ikutan, tauladan
Amsyar bermaksud~ yang cergas
Fatin masuk wad pada 8.00 pagi. Dan diinduse pada 9.45pagi. dimasukkan ke labour room pada 1.00tghhari. Pada jam 6.15 mula menunjukkan tanda bayi akan keluar. Dan jam 6.45ptg bayi berjaya dikeluarkan dan disambut oleh Dr.Fazlina. Terima kasih kpd Dr. Fazlina, bidan & jururawat Pusat Rawatan
Az-Zahra yang banyak membantu petang itu. Dan pada 23 Oktober 2009 Hari Jumaat nama ADAM AMSYAR telah didaftar di JPN Putrajaya. Alhamdulillah.
Semoga Adam Amsyar menjadi anak yang soleh.
Wednesday, September 30, 2009
Jamuan Raya BKR Presint15
Jamuan Hari Raya Bank Rakyat Presint 15 telah diadakan pada 29.09.2009. Bermula 9pagi hingga 1Tghhari. Merupakan Jamuan Raya kali ke-2 sejak pembukaan cawangan. Tetamu yang hadir kali lebih ramai berbanding tahun lepas.
AKU pulak hanya sempat makan pagi.. tak sempat la nak jenguk keluar. Pelanggan di unit Operasi ter sgt lah ramai. Kebanyakan pelanggan yang datang nak Buka Akaun Nuri. Memang ramai. Cikgu aku datang pun aku tak sempat nak jumpa. Aleng , Anip & geng pun sempat salam kat kaunter je.. tqs to you osss yang datang.
Labels:
Bank Rakyat,
Jamuan Raya
Saturday, September 26, 2009
Wednesday, September 16, 2009
Buka Puasa @JM Bariani
HAri ini aku dan budak budak Banting club (bbBc) telah bersama2 berbuka puasa di JM Bariani di Alamanda. Perjumpaan yg last minute dirancang oleh AKU dan Afik malam semalam hanya berjaya menemukan 8 orang geng sahaja walaupun mempunyai beratus-ratus ahli diseluruh malaysia. Majlis yang dirancang untuk diadakan di PICC Putrajaya pada mulanya tidak berjaya kerana geng-geng bbBc mempunyai bermacam2 masalah. Bil makan-makan untuk 8 Org RM196. Sorang RM20 shj.
Selesai sahaja majlis berbuka puasa acara berjalan sambil shoppin diadakan disekitar butik-butik di Alamanda. Si Haidar sempat la beli baju RM12 (tshirt Antioni). Baju tu die terus pakai. Sebab mau jumpa die punya bini. Si Faiz beli baju melayu RM125. Aleng plak aku tak sempat nak tgk die beli ape. Tapi nampak cam shoppin sakan gak la..
Perjumpaan bbBc berakhir di depan MPH berdekatan Watson. Selepas melepaskan beberapa bijik lawak dan gurauan kami pun blahhh!! Jumpa lagi HARI RAYA nanti!
Terima Kasih kepada yang hadir hari ini,,AKU,Fatin,Afik&Girlfren,Haidar,Aleng&Tunang dan Faiz...
Monday, September 7, 2009
Peristiwa Nuzul Al-Quran
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa
Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq
Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq
Monday, August 31, 2009
Saturday, August 22, 2009
Konvoi to Kelate
7-9 Ogos 2009. Aku telah gi ke Kelate untuk menghantar rombongan meminang adik ipar aku di Pasir Mas. Lame dah tak pegi sana. 7 buah kereta telah menyertai konvoi ini. Apa yang menarik kat sana ialah untuk sarapan pagi susah nak jumpa Nasi Lemak or Roti Canai. Yang banyak nye Nasi Kerabu dan Nasi Dagang. Tak larat aku nak makan Nasi Dagang buat sarapan. Satu lagi yang aku 1st time jumpe, cekodok Durian. Lebih kurang cam cempedak goreng la. Kreatif tul orang sini. Kesimpulannye makanan kat sini sume nye manis-manis belaka.
Pasir Mas ni lebih kurang cam Sabak Bernam. Yang best mase pegi Rantau Panjang. Boleh Shopping. Nak Shopping baju Manchester United. Tapi tak sampai hati plak nak beli baju Man U yg tak ORI.. last-last beli baju REAL MADRID ada nama RONALDO!
Ketua Meminang berPantun
ieeeeee!!!!
Ronaldo is REAL MAN UNITED not REAL MADRID
Friday, July 24, 2009
Macam sama..Tapi tak serupa..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gambar adik aku, Aina aku jumpe ntah camane ade dalam laptop nih..Gambar mungkin umo die 2 tahun kot! Aku tunjuk pada Fatin. Dia ingat gambar Qaseh. heheehhh.. Aku plak ambil gambar Qaseh gune Henpon. Nak bandingkan ade perbezaan ke idak.. Kalu diperhatikan bebetul.. ade beza tang idung kan.. :)
Tuesday, June 23, 2009
Saturday, June 20, 2009
Aku Di Ludah!!
8Jun Aku terima email utk Interview Eksekutif EM/EM1. Tarikh interview 18Jun.Aku ada 10hari lagi. Mula dari hari tu aku sibuk study. Dari sejarah sampailah segala operasi bank. Setiap petang, aku ada Kelas dgn Bos aku. Membincangkan Tips2 Temuduga nanti. Setiap hari aku cuba pertingkatkan pengetahuan aku ttg bank. Aku ada tempoh 10hari je. Teringat mase nak ambil exam kat UPM dulu. Baca buku last minute cam ni la.. kelangkabut.. Baju putih utk interview pun dah beli.
15Jun Aku ada kursus Western Union. Patut nye aku pergi kursus ni pada 18jun. disebabkan tarikh tu aku ada interview. Jd aku menumpang kelas kumpulan wilayah selangor. Half day je. 2.30 ptg balik semula cawangan. Sampai di cawangan aku dipanggil Bos. Berat hati bos aku nak bg tahu, yang temuduga aku diBATALkan. sebab apa? Sebab kelulusan aku tidak berkaitan dengan perbankan. Sedih gile siul..Macam mane diorang boleh keluarkan email utk panggil aku interview.HERAN SIUL! Tapi aku redha.. Aku ni susah skit nak nagis kuar2 air mata ni.. jd terpendam didalam hati dan menyebabkan berlaku sedikit pemberontakan berlaku di ofis dalam minggu ni.. hehehe.. Sikit je. Takde orang perasan pun.. Dan pada petang ni juga sepatutnya aku ada perbincangan dengan member aku AZMI kat kedai MAMAK BISTRO di bangi. Aku nak study dgn die ttg Susulan Kredit. Kecewa die dgr pembatalan temduga aku. Nak buat camana.. belum ada rezeki..
22jun ni, partner sebelah aku akan pergi interview. semoga berjaya. hehehe! Baju putih yang aku beli hari tu aku simpan. Sampai masanya nanti.. aku akan pakai..
Friday, May 29, 2009
Bercuti di Kemaman
Si QASEH
Bola Purple Untuk Qaseh dari TOK MA(bukan dari ibunya)
Bola ULtraman Untuk Qaseh dari AYAH
Hari ni.. Aku cuti. Sebab menyertai rombongan pengantin perempuan kerumah pengantin lelaki di Kertih.. Kami akan menginap dirumah rehat bank rakyat di Kemaman..
Jam 8.30 kami bertolak dari Kajang. Tgh hari lepak di Pantai Teluk Cempedak. Pukul4 baru sampai di Kemaman.. Best gak Rumah Rehat Bank Rakyat di Kemaman ni.. Takde la teruk sgt. Sebab aku ade dgr rumah rehat kat sini cam Rumah Tinggal. Swimming pool pun besar.
Sunday, May 17, 2009
Saturday, May 16, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Si QASEH Bola Purple Untuk Qaseh dari TOK MA(bukan dari ibunya) Bola ULtraman Untuk Qaseh dari AYAH Hari ni.. Aku cuti. Sebab menyertai romb...
-
8Jun Aku terima email utk Interview Eksekutif EM/EM1. Tarikh interview 18Jun.Aku ada 10hari lagi. Mula dari hari tu aku sibuk study. Dari s...
-
7.30pagi~Hari ini Bank Rakyat menganjurkan Pertandingan Mewarna di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Pertandingan ini adalah hasi...
-
OPEN HOUSE BANK RAKYAT PRESINT 15 PUTRAJAYA . 24HB OKTOBER 2008 esok ada jamuan hari raya kat ofis aku. Jamuan raya pertama cawangan Presi...
-
Untuk jamuan raya cawangan tahun ni, aku tak berpeluang turut serta. Disebabkan, ada Final Exam. Sesi bergambar Cawangan Presint 15 kali in...