Wednesday, May 28, 2008

Kereta Baru

INi Hari.. bini gua ada pigi itu Kuala Lumpur. heheheehh.. buat apa kat sana?? (gelaks sekali lagi) hehehee.. APA lagi ambil kereta baru kami. Proton Saga BLM .. warnanya granite grey. Nombor pendaftaran WRJ*&^%... 4bulan jugaj la menuggu.
Malam tu dalam kul 8.30 lepas je makan malam terus je TeST DRive keter baru tu. Syok WooOO.. walaupun kereta itu hanyalah SAGA BLM dan bukannya VIoS ataupun hONda Civic, tapi Aku sgt2 la berpuas hati.
Jalan2 la sampai Alamanda. Hajat di hati ingin memBOWLING tapi tersinggah pulak di GSC dan terTENGOK cerita IronMan. Cerita Ironman ni mmg best. sesape yANg blum tgk cepat2 la pegi tgk. ERMMmmmm agak mengantuk la aku nak citer panjang2 hari ni. Sekarang dah pukul 2 pagi. Qaseh aku ni tak tido lagi. Biar ibu die yang jaga. Good nite..

**** gambar keter baru nanti senang2 aku upload...

Sunday, May 25, 2008

Dinner Wisel 2008

Makan Malam Peringkat Wilayah Selangor telah berlangsung dengan meriahnya di Hotel Pan Pacific pada 24hb bermula jam 8.30mlm. Aku rasa inilah Dinner paling gempak + best yang pernah diadakan dan.. Aku boleh samakan kemeriahan dinner kali ini sama dengan Majlis Perkahwinan member aku dalam Program Cari Menantu musim pertama... Acara yang paling best malam tu ialah persembahan dari TEAM OMEGA iaitu gabungan cawangan dari BANGI, KAJANG, SERDANG dan BANTING. Tahniah juga krn mendapat tempat PERTAMA.
Majlis malam itu dimeriahkan lagi dengan persembahan dari Zarina dan Nurul iaitu bekas pelajar Akademi Fantasia. Kebetulan pada malam itu juga berlangsungnya Final Akademi Fantasia musim ke6.
Dalam kemeriahan majlis yang gilang-gemilang ni ada gak perkara yang kurang sesuai berlaku. Adela.. sorang mamat muda ni.. cara die berkomunikasi dengan seorang VVIP pada malam itu sgt la bersahaja dan kurang sesuai. Itu pendapat aku la. Mungkin mamat ni ada pertalian saudara ataupun dah biasa bergurau senda dgn VVIP tersebut. Itu Aku tak tahu. Tapi pada pandagan Aku mamat ni kurang menghormati VVIP tersebut dan juga majlis malam itu.


lastly.. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut. Dan syabas juga kepada semua BOS2 yang membuat persembahan pada malam itu. HIDUP WISEL!!!

wit Faris `the pelakon` tambahan utk persembahan malam itu
semerah sejiwa

geng bangi

Wednesday, May 21, 2008

Bibik 2008


Hari ini aku kene ambil cuti halfday. Sebabnya kene ambil bibik baru aku kat Port Klang. Nama pembantu rumah aku ni Zainab. umur dlm 40an. Aku gerak dari rumah kul 4. Feri dari Indonesia tu dijangka tiba pada pukul 5. Aku pergi ditemani isteriKu dan adik iparku Faiz.
Aku tiba di Pelabuhan Klang tu pada pukul 5.30ptg. ERMmMmm.. aper la agaknye aku nak bibik ni panggil AKU...
Esok pagi ada game Man U dan Chelsea. Final Liga Juara Juara. Glory Glory MAN UTD

Monday, May 19, 2008

Pangkor Island

Pukul 5 ptg aku sampai di Wisma Unikeb. Perjalanan yang memakan masa hampir 5jam dari Lumut agak memenatkan. Tapi kepuasan percutian aku di Pulau Pangkor selama tiga hari ini menghilangkan kan rasa penat itu. Ini adalah kali kedua aku kesana. Dan pada kali ini.. buat pertama kali nye aku naik JET SKI.. BANANA.. & KAYAK. Memang syok la..
Tapi ada satu perkara yang agak mengecewakan yang tak dapat aku cuba kat sana.
SNOKRLING!!! uihhh sebelum bertolak pegy pangkor lagi aku dah angan2 nak merasa snorkling tu.. yang lagi menTENSION kan aku.. bot yang aku naik tu siap singgah kat situ.. dapat la tgk ikan2 dari atas bot.. tak lama lepas tu bot tu blah.. huhuh. Aku rasa semua orang tertanya tanya. Takde sape pun nak bagi penjelasan.. siapa yang nak bagi penjelasan tu.. LU PIKIR la sendiri seperti kata NABIL RAJA LAWAK. Ape2 pun.. aku tak kisah. Aku rasa seronok dapat pegi Pulau Pangkor ni. Seronok dapat lepak ngan member2 opis. Seronok dapat pegi honeymoon ngan IsteriKu tercinta. Kiranya.. ini percutian ketiga kami selepas Port Dickson dan Bandung. Tahniah kepada yang banyak berusaha untuk Family Day 2008 Cawangan Bangi kali ini.

Sementara menunggu Jeti dibuka. Ketika ini pukul 6.30 pagi.

Music Chair. Salah satu acara sukaneka.
Kumpulan Biru

Kumpulan Hitam





Kumpulan Kuning.

Aksi Untuk majalah Mangga



Di atas Bot mengelilingi pulau



Batu di tepi pantai yang terbentuk seakan-akan seokor penyu


Pengalaman pertama menaiki Jetski

berkayak wit Azmi

Family Abang Kadir sedondon Merah
Pengerusi Majlis Makan Malam
Seronok berkaraoke

Banana

Menunggu feri tiba

kenapa tu?

Berkumpul sebelum bergerak pulang

Cameraman baru bank rakyat

saiful dan isterinya

Sementara menunggu bas bergerak pulang.

Aku kepenatan

Friday, May 16, 2008

VCD Karaoke

16/05/2008~~~~hmmm.. sekarang dah pukul 10.00 malam.. aku masih lepak2 atas katil sambil dengar vCd Karaoke lagu Faizal Tahir~~ mahakarya cinta. ulang2 aku dengar lagu ni. Pasal apa aku ulang2? Malam dinner kat Pangkor nanti aku nak nyanyi lagu ni.. huhuhu aku modal dekat RM50 tu beli cd Original Faizal Tahir ni... satu lagi beli cd karaoke.. Fatin dah siap2 kat bawah ngn QASEH. Sebut pasal Qaseh ni.. sedih plak aku.. 3 hari tak dapat tgk anak aku yang COMEi nih.. yerla.. kecik2 dah kene tinggal.. Papepon.. harap2 die ok la tinggal ngan NENEK die nanti.
Berbalik cite pasal karaoke tadi.. Cd Faizal Tahir tu aku beli kat Warta, bangi. Kat situ la aku jumpe MAT Farid. Die pun beli Cd. VCD Karaoke Awie. heheh mantap ni betul budak nihh.. Pastu die ajak aku main PS2.. wehhh tak sempat Beb!! aku nak beli susu anak aku lagi ni.. so die pun blah sorang2 naik tingkat atas. tak tahu la pegy mane..
lepas beli Susu.. aku terus chow balik umah. Dalam kete test lagu aku beli tu.. sampai la kat rumah.. tak abis mulut aku terkumat kamit nyanyi lagu mahakarya cinta. Sampaila sekarang ni aku sambung la plak pasang kat laptop.. susah gak lagu ni..banyak TARIK!!
OPsss dah kul 10.30 beb.. aku kene grak gi siap2kan badan aku ni.. kul sebelas kene kumpul kat BANK.. ok cau cin cau....

Wednesday, May 7, 2008

Taufan Melanda

Pagi ni 7 Mei~~ aku terbaca akhbar utusan bhg luar negara. Di muka depan sekali.. Taufan Nargis melanda negara Myanmar.. huh dahsyat jugak la taufan ni. Taufan Nargis tu sehingga hari ni telah megorbankan hampir 22000 nyawa. Kerugian.. jgn cakapla...
HARI ni aku gerak pegi imigresen. Nak ambil pas kerja untuk bibik yang bakal jaga anak aku nanti. Sampai punyalah awal.. tapi nasib tak baik.. sistem offline pulak kat imigresen Putrajaya tu. Sejam setengah aku kat situ semata-mata nak byr bank draf yang sebenar-benarnya hanya ambil masa 2-3minit je.. huhuhu.. settle je kerja aku kat imigresen tu, aku pun terus grak anta pas kerja tu kerumah sbb nak anta gi Indonesia tgh hari nanti. Belum sempat sampai kat rumah aku dapat satu panggilan. Panggilan tu bg tau.. "ada taufan melanda di opis". Diorang suruh aku balik cepat. Kekadang aku pelik gak Time aku ada hal ada je taufan melanda. Bukannya aku pegi mengulaR.. ikutkan hati aku, nak je ambil E.L sehari. Takpelah.. aku paham.. kalau dah nama nye taufan mane boleh ditahan. Kalau berani2 tahan meranalah badan. Haaaa.. ada satu je adik beradik taufan yang boleh tahan.. HUJAN. Hujan boleh ditahan ape... dalam kate lain boleh dialih Lah... betul ke tidak tak pastila aku..

Ok berbalik cite Taufan yang melanda hari ni.. ada la juga juga rumah2 yang musnah. Tapi kebanyakan nye rumah2 kecil la.. Rumah2 besar tercalar sikit je.. itu pun ada yang kena ada yang tak kena. Al maklumlah rumah besar la katakan. Kemalangan jiwa pun ada. itulah penangan Taufan.
Untuk pengetahuan sesiapa saja ingin tahu... Aku rasa inilah Taufan paling besar yang pernah melanda. Tak tahu la mane silapnya.
Taufan oh taufan.. kejadian yang menjadi tanda tanya. Memang susah la nak dijawab. Kenapa Taufan semakin Ganas. Kenapa Taufan?

Sunday, May 4, 2008

Manchester United 4 West Ham 1

4/5/08~~~ pukul 7.55mlm ada game Man Utd. Tapi pagi ni aku ada gootong royong @opis bkr Bangi. Cawangan Terbaik Malaysia kononye.. tapi aku bangga dengan penghargaan tu. lepas abis gotong royong. pukul 1.40 en Yazid belanja makan @Kesuma Sekysen 15 bangi. Fuhh Syokk Woo makan kat situ. Itu tempat favorite member gua si Azmi. die kalo dtg situ Order Sup Sayur. Lepas mkn ni Aku ada Projek Karaoke ngan Irwan & Farid. Pukul 2.30 kitorang grak. kene gerak cepat sebab dah tempah bilik karaoke. Oopps lupe plak.. Thanks en Yazid( belanje makan)...
PUKUL 3 Petang aku dah sampai kat Music Box Metro Point Kajang. yeyeHh.. lagu pertama aku dari kumpulan Matta~~Ketahuan. uihh layan.. haaaa layan punya layan sedar2 dah pukul 7. uihh tak boleh dilayan sangat ni. hari ni ada game MAN U. Pukul 7.30mlm kami pun chawww!!!
Sebelum balik keRUMAH aku ke Bangi sat beli susu anak aku si Qaseh. Kuat betul si Qaseh minum susu.
Aku sampai rumah agak lewat sikit dan game Man United dah lama START! result mase tu dah 3-1. uiksss ape kess ni.. Kuat benor Man United ni.. Mase tu aku jadi malas skit nak tengok. tak lame lepas tu sekali lagi Carrick dari man u scored lagi sebijik.Dan sampai la waktu tamat Pasukan ayam West Ham, tak dapat memboloskan kubu kuat man U. So memang Manchester United kuat beb.. tak payah la nak sibuk2 sokong Arsenal ke Liverpool ke.. 2 pasukan ni memang kuat tapi sebagai penyeri BPL je. Nak jadi juara memang la susah. so aku harap kedai-kedai sukan atau kedai paling popular Al- Ikhsan boleh la jual murah jersi-jersi liverpool & arsenal. Buat rugi je simpan stok. hehehehe... akhir kata dari Aku GLORY GLORY MAN UNITED!!!

Popular Posts