Wednesday, September 30, 2009

Jamuan Raya BKR Presint15




Jamuan Hari Raya Bank Rakyat Presint 15 telah diadakan pada 29.09.2009. Bermula 9pagi hingga 1Tghhari. Merupakan Jamuan Raya kali ke-2 sejak pembukaan cawangan. Tetamu yang hadir kali lebih ramai berbanding tahun lepas.


AKU pulak hanya sempat makan pagi.. tak sempat la nak jenguk keluar. Pelanggan di unit Operasi ter sgt lah ramai. Kebanyakan pelanggan yang datang nak Buka Akaun Nuri. Memang ramai. Cikgu aku datang pun aku tak sempat nak jumpa. Aleng , Anip & geng pun sempat salam kat kaunter je.. tqs to you osss yang datang.












Saturday, September 26, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Buka Puasa @JM Bariani


HAri ini aku dan budak budak Banting club (bbBc) telah bersama2 berbuka puasa di JM Bariani di Alamanda. Perjumpaan yg last minute dirancang oleh AKU dan Afik malam semalam hanya berjaya menemukan 8 orang geng sahaja walaupun mempunyai beratus-ratus ahli diseluruh malaysia. Majlis yang dirancang untuk diadakan di PICC Putrajaya pada mulanya tidak berjaya kerana geng-geng bbBc mempunyai bermacam2 masalah. Bil makan-makan untuk 8 Org RM196. Sorang RM20 shj.
Selesai sahaja majlis berbuka puasa acara berjalan sambil shoppin diadakan disekitar butik-butik di Alamanda. Si Haidar sempat la beli baju RM12 (tshirt Antioni). Baju tu die terus pakai. Sebab mau jumpa die punya bini. Si Faiz beli baju melayu RM125. Aleng plak aku tak sempat nak tgk die beli ape. Tapi nampak cam shoppin sakan gak la..
Perjumpaan bbBc berakhir di depan MPH berdekatan Watson. Selepas melepaskan beberapa bijik lawak dan gurauan kami pun blahhh!! Jumpa lagi HARI RAYA nanti!
Terima Kasih kepada yang hadir hari ini,,AKU,Fatin,Afik&Girlfren,Haidar,Aleng&Tunang dan Faiz...

Monday, September 7, 2009

Peristiwa Nuzul Al-Quran

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa
Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq

Popular Posts