Saturday, October 30, 2010

Piala Malaysia 2010 ~~NSvsKelantan






Tgh hari ni aku gi Round dkt sekitar Stadium Bukit Jalil utk merasai kemeriahan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010. Al maklumlah Pasukan tercinta Selangor tersungkur di Suku Akhir.
Plan aku nak ambil gambar gelagat penyokong kedua2 Team tidak berjaya sbb hujan lebat turun sekitar Jam 2-3 petang. Lepas 3 petang jalan dah mula sesak. Tak boleh lepak lame2. Nak keluar kawasan Stadium tu punyalah seksa. Sesak+Seksa=GILe!!.
Semoga Perlawanan Akhir Piala Malaysia malam ni tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Dan semoga N9 menang malam ni. :)-selangorfan



Wednesday, October 27, 2010

McDonald Bangi






Malam ni aku bawak Adam Amsyar pergi Klinik AzZahra Bangi untuk injection MMR. Lepas selesai Jumpa Dr. Nazim, Qaseh ajak aku gi Mc Donut(panggilan Qaseh Qaisara untuk Mc Donald). McDonald mmg tempat kesukaan Qaseh. Sbb ada Playground. Sbb ada kawan2.Di McD Bangi ni mmg ramai Student2 study sambil makan burger.
Ayah dan Ibu Qaseh layan Double Cheese dan Ayam Goreng McD..Adam Amsyar layan Kentang Goreng dgn air RIBENA..WARHh!!

Bowling Presint 15 Putrajaya

Sempat makan di Umai Cafe sebelum bertolak ke Alamanda


Pasukan Juara (Biru)


Bersedia untuk baling..


Gaya Shalin Zulkifli



Bowling Presint 15 kali ini diadakan di Alamanda Putrajaya. Tuah untuk kumpulan Biru kerana berjaya memenangi pertandingan bowling tahun ini. dan berjaya menjarakkan mata meninggalkan pasukan Oren dan Hitam.
Gambar atas aku saje letak gambar Ramlan kerana dia penyumbang mata paling rendah bagi kumpulan Biru. Tapi sebenarnya korang bernasib baik, sebab permainan aku sejak akhir2 ni serba tak kena je.. Alasan.. hehhehh!!
Gambar atas jugak aku kene Edit skit nak kasi cun sbb amik gambar guna Nokia E71 je.. Gambar ORI memang gagal!! Biasa la HP murah..

Saturday, October 23, 2010

HUJAN LEBAT @Kajang


3:50pm.. hujan lebat.. Kejap lagi nak balik Banting. Malam ni ada makan2 di Kg. Endah. Hadiah Birthday Emak, aku tak beli lagi.. sempat ke ni..

Mewarna Nuri Sek Keb Sungai Way,PJ




Pertandingan Mewarna Anjuran Bank Rakyat Cawangan Kelana Jaya. Diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Way, Petaling Jaya. Pendaftaran bermula Jam 7.00 pagi.Dan Aktiviti mewarna bermula Jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Pada masa yang sama juga, program Klinik Bola Sepak Nuri dijalankan di padang sekolah. Turut sama menjayakan Ketua Wilayah Selangor, En Zainuddin Ali.

:) murid2 sekolah ni cergas sgt..

Wednesday, October 20, 2010

Ulangtahun Adam Amsyar



Ermm lewat skit post. Semalam 19.okt.2010 adalah hari ulangtahun pertama kelahiran Adam Amsyar. Di hari istimewa buat Adam Amsyar ini tiada majlis dibuat kerana terdapat beberapa masalah kecil. Mohon maaf dari ayah dan Ibu sbb tak buat tiup lilin pun semalam. Tapi sempat buka Youtube lagu befday yang dinyanyikan 3 Chipmunk..ahakkS! ok la tu.. Kalau boleh aku tak nak tangguh2 sambut befday anak. Nak kekalkan sampai la diorang besar. Biar diorang ni ingat antara adik beradik. Terima kasih buat Uwan yang menyambut ulangtahun ke 53 pada 12.Okt.2010 lepas kerana awal sehari dah wish befday kat Adam. Aku cadang nak buat Sabtu ni . Birthday Party bersama Uwan di Kg Endah. Boleh buat BBQ sekali.. yeah!!!


Monday, October 18, 2010

ke Azzahra Bangi


Pagi ni aku EL(emergency leave) half day.. Hantar fatin ke klinik Azzahra Bangi. Checkup Contraction. Tapi kali ni diberi suntikan untuk matangkan paru2 baby. Sbb hari khamis ni baru cukup 36minggu. Takutla terbersalin awal. Injection perlu 2 kali. Pukul 10 malam nanti kena datang sekali lagi untuk suntikan kedua. Semoga semuanya selamat. Dan mohon kawan2 doakan keselamatan Fatin dan baby..

Sunday, October 17, 2010

Predator 2010


Petang ni tgk Predator 2010. Cerita ni biasa2 je.. Takde UMMmmm..Kurang Aksi..Banyak yang aku kuren paham.
Tak sabar aku nak tgk cerita 2 Alam oleh DDR Rozmey yang lebih promosi tu. :) DDR kata kat aku citer tu best dan ada kelainan.. Tungggu 2 Alam di panggung November ini..

Walkathon Ceria Di Taman



Pagi ni aku ada tugas di Wetland Putrajaya. Hari ini berlangsungnya Program Walkathon Ceria Di Taman anjuran bersama Bank Rakyat dan Perbadanan Putrajaya. Penyertaan adalah terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah disekitar Lembah Kelang dan Putrajaya. Menariknya penyertaan kali ini ia turut disertai oleh sebuah Asrama 1 Malaysia.
Seperti biasa sebelum penyampaian hadiah kesemua peserta dihiburkan oleh artis jemputan, Ropie Cecupak. Keseluruhan program berjalan lancar dan berakhir pada jam 1ptg.

Saturday, October 16, 2010

Miss Orange



Ambil gambar Budak Oren diatas hari ni teringat masa mula2 aku wujudkan blog ni. Sebab budak oren ni jgk la aku mula beli kamera. Sekarang budak oren dah besar. Dah pandai melawak. Dah pandai menjerit. Pagi tadi dia folo aku ngan Ibunya pergi makan roti canai. Teringat jugaklah pada AKi aku kat Bentong,Pahang. Aki aku tu selalu bwk aku gi makan Roti Canai.. Ermm.. jap lagi aku nak balik Banting. Balik kejap je. Tujuan Utama untuk jumpa Geng BBC. Bincang hal perniagaan skit. Lokasi McDonald Banting. Jumpa disana!!!

Cerita Kedai Kopi

Petang semalam abis kerja gi lepak minum kedai sebelah Bank. Member Ofis sudah cerita mau angkat Motor Besar. Cerita cerita cerita.. Member kata Moto plat Singapore murah. Tapi kalu nak renew roadtax kene ada kabel sane la.. Dan malam td aku sibuk survey harga Moto2 besa ni. Yang menjadi idaman. Honda CBR1000RR.. Perghhh jadik la!!!! Tapi.. 10tahun lagi.. huhuhuu.. Buat masa ni belum mampu Beb!

Fotoshoot Bank Rakyat Presint 15, Putrajaya



Untuk jamuan raya cawangan tahun ni, aku tak berpeluang turut serta. Disebabkan, ada Final Exam. Sesi bergambar Cawangan Presint 15 kali ini diadakan di Laman Duta seminggu selepas jamuan dan hari tu juga merupakan hari terakhir Syawal.

Popular Posts