Sunday, October 25, 2009

Friday, October 23, 2009

ADAM AMSYAR

Adam Amsyar. Tarikh lahir 19.10.09 pada jam 6.45 petang. Berat 3.3kg.
Adam bermaksud ~nama nabi, ikutan, tauladan
Amsyar bermaksud~ yang cergas

Fatin masuk wad pada 8.00 pagi. Dan diinduse pada 9.45pagi. dimasukkan ke labour room pada 1.00tghhari. Pada jam 6.15 mula menunjukkan tanda bayi akan keluar. Dan jam 6.45ptg bayi berjaya dikeluarkan dan disambut oleh Dr.Fazlina. Terima kasih kpd Dr. Fazlina, bidan & jururawat Pusat Rawatan
Az-Zahra yang banyak membantu petang itu. Dan pada 23 Oktober 2009 Hari Jumaat nama ADAM AMSYAR telah didaftar di JPN Putrajaya. Alhamdulillah.









Adam Amsyar di usia 1hari.
Semoga Adam Amsyar menjadi anak yang soleh.







Wednesday, September 30, 2009

Jamuan Raya BKR Presint15




Jamuan Hari Raya Bank Rakyat Presint 15 telah diadakan pada 29.09.2009. Bermula 9pagi hingga 1Tghhari. Merupakan Jamuan Raya kali ke-2 sejak pembukaan cawangan. Tetamu yang hadir kali lebih ramai berbanding tahun lepas.


AKU pulak hanya sempat makan pagi.. tak sempat la nak jenguk keluar. Pelanggan di unit Operasi ter sgt lah ramai. Kebanyakan pelanggan yang datang nak Buka Akaun Nuri. Memang ramai. Cikgu aku datang pun aku tak sempat nak jumpa. Aleng , Anip & geng pun sempat salam kat kaunter je.. tqs to you osss yang datang.












Saturday, September 26, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Buka Puasa @JM Bariani


HAri ini aku dan budak budak Banting club (bbBc) telah bersama2 berbuka puasa di JM Bariani di Alamanda. Perjumpaan yg last minute dirancang oleh AKU dan Afik malam semalam hanya berjaya menemukan 8 orang geng sahaja walaupun mempunyai beratus-ratus ahli diseluruh malaysia. Majlis yang dirancang untuk diadakan di PICC Putrajaya pada mulanya tidak berjaya kerana geng-geng bbBc mempunyai bermacam2 masalah. Bil makan-makan untuk 8 Org RM196. Sorang RM20 shj.
Selesai sahaja majlis berbuka puasa acara berjalan sambil shoppin diadakan disekitar butik-butik di Alamanda. Si Haidar sempat la beli baju RM12 (tshirt Antioni). Baju tu die terus pakai. Sebab mau jumpa die punya bini. Si Faiz beli baju melayu RM125. Aleng plak aku tak sempat nak tgk die beli ape. Tapi nampak cam shoppin sakan gak la..
Perjumpaan bbBc berakhir di depan MPH berdekatan Watson. Selepas melepaskan beberapa bijik lawak dan gurauan kami pun blahhh!! Jumpa lagi HARI RAYA nanti!
Terima Kasih kepada yang hadir hari ini,,AKU,Fatin,Afik&Girlfren,Haidar,Aleng&Tunang dan Faiz...

Monday, September 7, 2009

Peristiwa Nuzul Al-Quran

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa
Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq

Monday, August 31, 2009

Saturday, August 22, 2009

Konvoi to Kelate

7-9 Ogos 2009. Aku telah gi ke Kelate untuk menghantar rombongan meminang adik ipar aku di Pasir Mas. Lame dah tak pegi sana. 7 buah kereta telah menyertai konvoi ini. Apa yang menarik kat sana ialah untuk sarapan pagi susah nak jumpa Nasi Lemak or Roti Canai. Yang banyak nye Nasi Kerabu dan Nasi Dagang. Tak larat aku nak makan Nasi Dagang buat sarapan. Satu lagi yang aku 1st time jumpe, cekodok Durian. Lebih kurang cam cempedak goreng la. Kreatif tul orang sini. Kesimpulannye makanan kat sini sume nye manis-manis belaka.

Pasir Mas ni lebih kurang cam Sabak Bernam. Yang best mase pegi  Rantau Panjang. Boleh Shopping. Nak Shopping baju Manchester United. Tapi tak sampai hati plak nak beli baju Man U yg tak ORI.. last-last beli baju REAL MADRID ada nama RONALDO!





Berkumpul di hentian Rawang 'breakfast'



Mummy & Daddy


Lunch @ Tasik Raban





Ketua Meminang berPantun




ieeeeee!!!!

Ronaldo is REAL MAN UNITED not REAL MADRID

Friday, July 24, 2009

Macam sama..Tapi tak serupa..

Qaseh Qaisara


Aina Hafizah (MaKsu)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gambar adik aku, Aina aku jumpe ntah camane ade dalam laptop nih..Gambar mungkin umo die 2 tahun kot! Aku tunjuk pada Fatin. Dia ingat gambar Qaseh. heheehhh.. Aku plak ambil gambar Qaseh gune Henpon. Nak bandingkan ade perbezaan ke idak.. Kalu diperhatikan bebetul.. ade beza tang idung kan.. :)

Tuesday, June 23, 2009

Saturday, June 20, 2009

Aku Di Ludah!!




8Jun Aku terima email utk Interview Eksekutif EM/EM1. Tarikh interview 18Jun.Aku ada 10hari lagi. Mula dari hari tu aku sibuk study. Dari sejarah sampailah segala operasi bank. Setiap petang, aku ada Kelas dgn Bos aku. Membincangkan Tips2 Temuduga nanti. Setiap hari aku cuba pertingkatkan pengetahuan aku ttg bank. Aku ada tempoh 10hari je. Teringat mase nak ambil exam kat UPM dulu. Baca buku last minute cam ni la.. kelangkabut.. Baju putih utk interview pun dah beli.

15Jun Aku ada kursus Western Union. Patut nye aku pergi kursus ni pada 18jun. disebabkan tarikh tu aku ada interview. Jd aku menumpang kelas kumpulan wilayah selangor. Half day je. 2.30 ptg balik semula cawangan. Sampai di cawangan aku dipanggil Bos. Berat hati bos aku nak bg tahu, yang temuduga aku diBATALkan. sebab apa? Sebab kelulusan aku tidak berkaitan dengan perbankan. Sedih gile siul..Macam mane diorang boleh keluarkan email utk panggil aku interview.HERAN SIUL! Tapi aku redha.. Aku ni susah skit nak nagis kuar2 air mata ni.. jd terpendam didalam hati dan menyebabkan berlaku sedikit pemberontakan berlaku di ofis dalam minggu ni.. hehehe.. Sikit je. Takde orang perasan pun.. Dan pada petang ni juga sepatutnya aku ada perbincangan dengan member aku AZMI kat kedai MAMAK BISTRO di bangi. Aku nak study dgn die ttg Susulan Kredit. Kecewa die dgr pembatalan temduga aku. Nak buat camana.. belum ada rezeki..


22jun ni, partner sebelah aku akan pergi interview. semoga berjaya. hehehe! Baju putih yang aku beli hari tu aku simpan. Sampai masanya nanti.. aku akan pakai..

Friday, May 29, 2009

Bercuti di Kemaman


Si QASEH


Bola Purple Untuk Qaseh dari TOK MA(bukan dari ibunya)


Bola ULtraman Untuk Qaseh dari AYAH


Hari ni.. Aku cuti. Sebab menyertai rombongan pengantin perempuan kerumah pengantin lelaki di Kertih.. Kami akan menginap dirumah rehat bank rakyat di Kemaman..
Jam 8.30 kami bertolak dari Kajang. Tgh hari lepak di Pantai Teluk Cempedak. Pukul4 baru sampai di Kemaman.. Best gak Rumah Rehat Bank Rakyat di Kemaman ni.. Takde la teruk sgt. Sebab aku ade dgr rumah rehat kat sini cam Rumah Tinggal. Swimming pool pun besar.

Sunday, May 17, 2009

HAFIZ juara AF7 2009



Tahniah Hafiz AF7 (aku tumpang gembira)

Saturday, May 16, 2009

Family Day @ Port Dickson










gambar gambar Family Day Bank Rakyat Presint 15 2009 @ Desa Lagoon Resort Port Dickson

Popular Posts