Saturday, July 26, 2008

Pertandingan Mewarna Bank Rakyat

7.30pagi~Hari ini Bank Rakyat menganjurkan Pertandingan Mewarna di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Pertandingan ini adalah hasil usahasama Bank Rakyat dan Pihak Utusan. Hampir seribu pelajar menyertai pertandingan mewarna kali ini.
Pada pertandingan kali ini aku telah dipilih untuk menjadi Maskot Nuri. Dipilih oleh En Yazid. Itupun sebab takde sape yang nak menawarkan diri. huhuhu... Selain maskot nuri ada satu lagi iaitu maskot Kawan. Maskot Kawan dipakai oleh PA kepada Ropi. Ropi( pelawak dari kumpulan cecupak) menjadi penyeri majlis pada Pertandingan Mewarna ini.
Kerja aku bermula jam 10.30 pagi apabila pelajar2 didewan menjerit2 memanggil nuri. Rasa macam artis jugak la. heheheh.. Atas pentas aku kene berjoget dengan maskot kawan dan Si Ropi pulak menyanyi. PANAS GILE wOOO!! pakai sut maskot nuri ni.. Tapi satu pengalaman yang menarik la..
Lepas menyampaikan hadiah pada pelajar2 yang berjaya menjawab soalan kuiz, aku diberi rehat. Kali ini aku aku tukar pulak dengan seorang lagi budak bank, Rahim. Dia setuju nak gantikan aku jadi maskot tu.
Acara tamat pada jam 1.00 tgh hari dengan acara terakhir sekali bergambar dengan pelajar2 sekolah. Ermm.. memang seronok la dapat jadi maskot nuri dan dapat lepak2 dengan Ropi. Kepada Ropi, kalau ada show nak guna orang call me Ok!..



Aku dan Ropi bergambar setelah tamat acara.


YEAH! Maskot Nuri yang bergaya.



Rahim dan kepala nuri

1 comment:

Afzan said...

wahh,, sure qaseh berbangge dapat papa yg sporting, bleh jd Nuri lagik

Popular Posts