Sunday, December 19, 2010

Ace Of Base - All That She Wants


Lagu ni mengingatkan Aku masa Darjah 4 tahun 1993. Di SRK Sri Langat Banting. Dengan lagu ni lah Aku menang tempat ke-3 Pertandingan Lagu Inggeris. Nama group aku dah lupa. Tapi nama geng2 masa tu aku ingat lagi. Aku bertiga dgn Shafiq Alias dan Zulhisham Nizar. Entah mane diorang ni sekarang. Kalu kita teruskan menyanyi, mesti kita sekarang dah jadi mcm bro2 KRU! ahakss!!

Saturday, December 18, 2010

New TRON LEGACY Trailer 2010 (HQ)


Cerita BEST.. Tapi ending kureng gempak!! Tapi Ok la Best. Pergi cepat beli tiket. 4Bintang!

Sunday, December 12, 2010

Sandra Sabrina 26 hari





Hari ni adalah hari ke 26 Sabrina berada di muka bumi ni.. Dan harini kerap betul si Beena (nama glemer)ni nangis.. asal letak je kt katil, mula la nak nangis.. bile pegang senyap pulak.. Manja sangat. Ikut perangai siapa la agaknya.. Bukan perangai aku la.. Aku kecik2 tak nangis melalak.. Mak aku cakap..hehe.. last2 aku meniarapkan dia(gambar atas). Baru boleh senyap.. Mana2 ibu ayah baru dapat baby tu boleh ikut cara aku ni... tapi jgn lama2. Lemas pulak anak korang nanti.

Roberto Carlos Teaches How To Take Free-Kicks *HD*


Roberto Carlos plays for Corinthians in Brazil. Previously he played for Spanish club Real Madrid for 11 years, winning four leagues, threeUEFA Champions League trophies, and two Intercontinental Cups. He is also one of only six players to have played more than 100 matches in the Champions League, as of February 2008. He finished second to countryman Ronaldo in the 1997 FIFA World Player of the Year award poll and was named as one of the top 125 greatest living footballers by Pelé in March 2004. Encyclopædia Britannicaheralds Roberto Carlos as "an excellent exponent of the wing back position." -Wikipedia

Thursday, December 2, 2010

TRAILER FILEM NGANGKUNG 2010 (HQ)


Cerita ni memang Best.. Dari awal cerita memang dah BOLEH mula gelak.. Kemudian sampai pertengahan hingga akhir dah kurang skit.. sbb banyak part sedih2... Cerita ni tak seram mana pun. Boleh diklasifikasikan sbg 'SUspen KelaKar'.. Cerita ni juga sesuai sangat untuk pengajaran bagi KAKI2 NOMBOR dan KAKI2 JUDI. Keseluruhan cerita mmg best. 4 Bintang buat Ngangkung..

Malaysian Wonder Kid


Wan Kuzain Wan Kamal. Entah siapa budak ni. Tapi bakat macam ni la yang perlu ada dalam pasukan Malaysia. Budak mcm ni la yang bakal mengharumkan nama Malaysia. Kekalahan yang memalukan ditgn Indonesia semalam patut nya membuka mata pihak yang bertanggungjawab untuk lebih menumpukan pencarian bakat-bakat muda seawal usia 3-4 tahun lagi.. Kemudian buka lebih banyak akademi bola sepak profesional di Malaysia. Hantar main kat luar negara. Contoh seperti Japan, Korea, Uk,Australia dll. baru la berkembang skit. Bukan apa, untuk jangkamasa panjang..

Pertandingan Fotografi Nikon&Kukubesi


TERBUKA KEPADA SESIAPA YANG INGIN TURUT SERTA
1. apa sahaja jenis kamera di luluskan
2. apa sahaja jenama kamera di luluskan
3. gambar edit dan video edit di luluskan

VIDEO tarikh tutup penyertaan 12 dec 2010
- sila hantarkan link video yang telah anda edit kepada kami ke alamat fotoradikal@kukubesi.com dengan tajuk email " VIDEO KULSIGN CONTEST"

FOTOGRAFI tarikh tutup penyertaan 7 dec 2010
- sila hantarkan gambar anda bersize 1500px X 1005px sama ada landscape atau potret ke alamat fotoradikal@kukubesi.com dengan tajuk email " EVENT PHOTO CONTEST KULSIGN " . anda layak menghantar seberapa banyak gambar tetapi hanya 1 sahaja pemenang akan di kira.

kepada yang menyertai sila lengkapkan butiran di bawah semasa anda menghantar email.
NAMA PENUH
NO IC
UMUR
JENIS KAMERA
NO TELEFON
ALAMAT EMAIL

bagi mereka yang tidak mengikut peraturan di atas secara automatik penyertaan anda di kira batal. gambar hendaklah selewartnya di terima pada 5 petang 7 dis 2010 dan untuk pertandingan video adalah 5 petang 12 dis 2010.

terima kasih..

Sandra Sabrina


Sandra Sabrina 16 April 2010 3:44 Pagi 3.23kg

Inilah Baby aku yang ke4.. wah!! ke 4 dah .. 1st dah semestinya bini tercinta, Fatin.. 2nd Qaseh Qaisara 3rd Adam Amsyar 4th Sandra Sabrina. Nama ada sikit ala ala Hindustan..Sebab keturunan sebelah ibunya India Hindustan.. Wahhh Hindustan!! Betul ke?.. SANDRA bermaksud yang hebat, pelindung manusia sejagat dan SABRINA pula bermaksud Penyabar dan ada juga aku jumpa maksudnya Princess..

Sabrina ni ada lesung pipit.. same la dengan ayah nya..hee.. memang comel!! Tapi anak yang ketiga ni aku kurang skit nak ambil gambar.. Rasa berat je nak keluarkan Kamera Besar aku tu.. Mungkin kene upgrade LENs kot. baru semangat skit.. tahun depan la agaknya... Gambar nanti aku uploadkn skit2..

Semoga Sandra Sabrina menjadi anak yg baik dan solehah. Juga berjaya pada masa hadapan. Amin.. ;)




Popular Posts