Sunday, April 27, 2008

Paintball 2008

26 April- Paintball Bank Kerjasama Rakyat Anjuran Kebara 2008. Acara kali ini adalah yang kedua diadakan. Aku dan Geng-Geng cawangan bangi sekali lagi Menyertai acara ini buat kali keduanya. Tahun lepas Dengan Menggunakan nama Dont Look Back kami berjaya mendapat tempat ketiga.
tahun ni.. Tahun 2008 Kami menggunakan nama Xteam Xtion 7. Bukan saja Nama Baru, Semangat baru, tapi... jersy kami pun baru. Mahal WOOOoo.. jersy tu. TERIMA KASIH kepada yang terlibat membantu kami. Nak Pakai duit Kelab tak dapat. Guna la pendapatan sendiri dan cara tersendiri. Semangat berpasukan punya pasal. THANKs Hidzir kerana bersusah payah membeli jersi pasukan. Dia memang minat barang paintball. Kena Emergency leave tu sbb nak beli baju..
Tahun ni seramai 32 pasukan yang menyertai acara paintball ini. banyak juga pasukan dari luar lembah klang menyertai acara paintball kali ini. Aku rasa memang mencabar jugak la. yer la nak menyamai rekod tahun lepas. Bukan senang BEB!
Perlawanan pertama kali ni memang mendebarkan... Pakai baju dah gempak. Macam PROpesional. Takutnyer kalah. budak2 duk tepi2 tu dah mula memerli.. nak tahu apa diorang kata? " woooo kalau kalah buat penat je beli baju tuu..." tensen BEB. tapi nasib baik bleh CONTROL. Nasib kami baik. Kami menang perlawanan pertama. Xteam memang best arr..
Peringkat kumpulan ada tiga perlawanan. Ketiga-tiganya kami menang. Dipendekkan cerita kami layak Lah sehingga separuh akhir. Di separuh akhir kami bertemu kumpulan dari H.Q. Nasib tak baik, kami kalah pada peringkat ni. Strategi kami tak jadi. Bermula dengan Hidzir yang terkeluar dahulu. Belum sempat pun nak menyorok dah kena tembak. Aku pulak terkeluar bukan sebab kena tembak tapi peluru/pallet abis.. dan sorang lagi abang Amir. Tak pasal2 mengeluarkan dirinya sendiri. katanya macam dah kena. isk isk isk.. Itulah alasan kami kalah. Alasan banyakkan? Tapi itulah kenyataan. Tapi untuk penentuan tempat ke3 dan ke4 kami bertemu kumpulan dari Jabatan Latihan. Kali ni memang kami betul2 atur strategi. kami menang mudah. 5-0.
So.. untuk Pertandingan Paintball Bank Kerjasama Rakyat 2008 kami dari kumpulan Xteam Cawangan Bangi( opsss patut ke guna nama cawangan?.. macam tak patut je.. ) mendapat tempat Ke3. menyamai kedudukan tahun lepas. hadiah tempat ke3 ialah wang tunai RM400. Ok la tue..Pape pun.. Semangat berpasukan itu perlu. Kerjasama itu penting.
Ucapan tahniah atas kerjasama sepasukan AMIR HAMZAH, IRWAN ISKANDAR, MOHD HIDZIR, MOHD AZMI, RAHIM, FARID(walaupun diimport cawangan subang perdana tapi tetap memb
anggakan kumpulan Xteam) dan AKU. GO..go..go..go.. PEMENANG TEMPAT KE-3 ACARA PAINTBALL BANK KERJASAMA RAKYAT 2008. KEDUDUKAN KETIGA MENYAMAI REKOD TAHUN 2007.

Friday, April 25, 2008

Cash Deposit Machine

25 april- pagi-pagi lagi ada sorang mamat INDIA datang dekat dgn aku kat kaunter. CARI En Yazid. ermmm.. mane ade ppc aku tu hari ni.. die cuti. aku tanya cari dia untuk ape.. die bagi tahu nak Pasang CDM. wahhhhh!!! tersenyum skit aku.. (sikit jer.. takder lebih2..) KENAPA AKU MESTI NAK TERSENYUM? haaaa.. kalau korang nak tahu.. CDM tu la yang ditunggu2 oleh warga kerja operasi.. mungkin benda ni akan mengurangkan sedikit beban kerja kat
GENG-GENG unit operasi. DAN yang paling penting takdelah customer membebel pasal servis kaunter lambat. biasak lah.. mungkin diorang nampak kerja kitorang ni sikit. Iyala.. Customer tak boleh disalahkan jugak. Sebab diorang pun ada yang sedang berkerja dan tak boleh ambil masa lama2 sgt untuk keluar. Takpela.. aku cuba senyum selalu..itulah yang selalu BOS aku En Hafizalshah pesan. Tapi selalunya muka masam tu tak boleh nak kawal. Mintak maapla banyak2. Ada satu cerita aku nak selitkan pasal pelanggan aku. pernah ada satu customer ni.. marah sgt dengan pihak bank kerana menayangkan cerita yang tak bersesuaian. Mase tu buka TV3. kebetulan pulak mase tu ada cerita Sepanyol. almaklumlah cerita Sepanyol tu seksi sana seksi sini.. MARAH la pelanggan tu. Disuruh nye aku tukar mase tu jugak. Sebenarnya sebelum citer tu ada berita tengahari. Tak sempat pulak nak tukar kepada Discovery Channel. . huh macam2 la. tak lama lepas tu aku pun tukar la Discovery Channel. Masa tu.. ada pulak customer lain membebel dengan kuat. kena plak mase tu Rancangan Discovery tu tgh citer pasal Monyet. Nak tak apa yang dibebelkan? "aperla bank ni.. buka cerita pasal monyet. takder rancangan lain ker? buka la cerita drama ker berita ke.. nak jadi monyet ker ape?" habis satu bank dengar bebelan makcik tu..
hahahaha.... itulah die... macam-macam orang KOMPLEN yang aku dengar.. OPSss!!! lari dari tajuk plak aku ni..
Cerita balik pasal CDM. aku harap lepas ni kalau PELANGGAN2 yang datang akan lebih selesa. Gunakanlah mesin canggih KaMi tu. Duit RM5 pun boleh digunakan. pastu kalau servis mesin tu lambat. MARAH lah mesin tu.. heheehee

Thursday, April 17, 2008

Kisah Qaseh Qaisara

29march- BANGUN!!!!!! hari ni pagi-pagi lagi AKU dah gegar isteriku bangun. IsteriKu ada 'checkup' di Pusat Rawatan Azzahra. Bukan apa, cepat pergi cepatlah baliknya nanti.Temujanji dengan Doktor Fazlina kali ini ialah untuk menentukan samada Baby dalam perut isteriKu itu OK ker tidak. Isnin yang lepas, Doktor ada beritahu yang Baby dalam perut tu dah tak selesa..
TIBA di Pusat Rawatan tu.. kamiLah orang kedua.. Doktor pun belum sampai. Jam pada masa tu pukul 8.15.. masih awal ni.. Doktor Fazlina pun akan masuk pukul 9 pagi. Setelah mendaftar di kaunter.. APA LAGI.. breakfast la.. pekena milo tarik & nasi lemak. IsteriKu makan APA? selera kami sama. sehati sejiwa... (hehehe:sebenarnya roti canai yang aku nak order belum ada orang nak buat, maklumlah dtg awal sgt)


PUKUL 9.15 setelah buat 'scan' Doktor kata kena induse hari ini jugak..baby dalam perut isteriKu dah tak selesa WOOOOoooo.. mane bole.. tak bersedia lagi.. "minta tangguh satu hari doktor...Esok KAMI datang!!!"pujuk aku dan isteri.

Keluar saja dari pusat rawatan kami terus ke kedai barangan bayi MANJAKU di bangi. beli Pampers MAMI POKO & tempat mandi baby.. Kemudian MINES WONDERLAND SHOPPING CENTRE jadi tempat tujuan kami. tengok wayang cerita L Change The World dan pastu makan-makan di KFC (tempat favourite IsteriKu). yer la.. esok kan dah kene masuk wad.. pulak tu kena Pantang sebulan..ehhh..44 hari daaa..


30march-
Nama Bilik kami di Pusat Rawatan Azzahra ialah Sentosa. Bilik tu best sebab dekat dengan tingkap. Bolehlah dengar riuh rendah bunyi kenderaan sebab berdekatan jalan raya. takdelah rasa sunyi sangat. Pulak tuh berdepan dengan nursery dimana baby2 yg dilahirkan di situ ditempatkan..

Pukul 11.45 pagi. Doktor mula masukkan ubat. Pukul 1 , pukul 2, pukul 3, pukul 4, pukul 5, pukul 6 rasa sakit perut isteriku masih biasa-biasa lagi.. Mula je pukul 7 lepas Azan Maghrib.. Start dah... isteriKu mula melalak.. sakit nye IsteriKu dan Perempuan-perempuan lain saja yang tahu.. disebabkan terlalu sakit Doktor Fazlina memberi ubat tidur kepada isteriku. ZZZzzzzzzzz.. tidur lena isteriKu... Lega hatiKu. Hilang RisauKu seketika.
31march- pagi ni.... isteriKu bangun dengan muka cerianya. Hilang sakitnya semalam. Mungkin kesan ubat yang dimasukkan telah hilang. Seronok aku, dapat lihat muka ceria isteriKu. Pukul 9 pagi doktor Fazlina masukkan sekali lagi ubat kepada isteriKu.Seperti semalam, isteriKu kembali sakit-sakit. Mula melalak. Mengereng kekiri, mengereng kekanan. Aku picit-picit belakang badannya, aku picit-picit kakinya untuk mengurangkan kesakitannya. Tapi seperti yang telah aku katakan sakitnya hanya Isteriku dan perempuan-perempuan sahaja yang tahu. (tapi aku paling tak gemar ada orang suka membebel waktu BINI aku tgh sakit.. bebel Lan tu macam mana nak tahu? "haaaa... macam ni la rasa sakit orang nak bersalin.. macam itulah ibu kita rasa masa nak melahirkan kita...") memang benda tu kita tahu... TAPI TAKDE KE CARA LAIN NAK BAGI NASIHAT DAN PENGAJARAN... kan bini AKU tengah sakit!!!!!.. siapa yang membebel tu? Lu pikir la sendiri..
sampai pukul 10 malam sakit tak henti-henti. sampaikan IsteriKu minta diBEDAH...dah sakit sangat..
tapi nurse-nurse kat situ kata.. "sabar, sabar" ...pukul 9 tadi.. Doktor Fazlina datang dan beri tahu jika sakit berterusan dan tak dpt nak tahan lagi.. isteriKu boleh terus masuk labor room. MEMANG DAH SAKIT SANGAT pukul 11 tu juga isteriku dihantar ke labor room. IsteriKu diberi Epidural untuk mengurangkan sakit bersalin. Doktor menjangkakan IsteriKu akan bersalin dalam pukul 9 pagi esok. HUH... lama jugak la nak duduk dalam bilik tu. haaa.. nak tahu keadaan Isteriku selepas diberi Epidural? RASA kebas-kebas dari bawah perut sampai hujung kaki. Takde rasa sakit lagi. Nak angkat kaki pun tak boleh.. Kuat betul kesan Epidural ni. takpela yang penting Isteriku boleh TERSENYUM. dan AKU... boleh melelapkan mata sekejap.Pukul 4.30 pagi ini sgt-sgt menggembirakan. Bidan beri tahu yang bukaan utk baby keluar dah besar. 7 cm dah!!Jangkaan Pukul 9 pagi tadi meleset. Doktor Fazlina tiba jam 4.45 pagi. Semua bersiap sedia hendak menyambut kelahiran anakKu. Perasaan AKU? gembira, terharu, berdebar. Aku telah bersedia menyambut kelahiran anak pertamaKu. Aku berdiri disebelah isteriKu. Aku genggam erat tangannya.Doaku di dalam hati tak putus2 agar isteri dan anak aku selamat..

Pukul 5.05 pagi. 1 April 2008 Itulah waktu bersejarah dalam hidupku. Aku dapat lihat perlahan-lahan anak pertamaKu keluar. SYUKUR AKU KEPADA ALLAH... kerana telah menyelamatkan isteriKu melahirkan anak yang sihat. rasa sedih bercampur gembira ada dalam diri aku ketika ini. Hendak menitis rasanya Air Mataku. tapi ku tahan. Aku takde peruntukan air mata untuk Kegembiraan. Aku belum ada rasa sedih.. dalam diri banyak keBENGANGan sahaja... (cetsSSS!!!).
Opsss!! lupa plak.. TERIMA KASIH BANYAK2 DOKTOR FAZLINA.. kerana berjaya menyambut kelahiran anakKu. Terima kasih melayan KAMI dengan baik selama ini.
Pagi 1 april selepas mengSMS khabar gembira kepada saudara mara & sahabat-sahabat, aku pun melelapkan MATA. ermmm sebelum tu... RAMAI gak yang aku SMS tu tak caye yang AKU dah dpt BABY.. nak tahu apa diorang kata? "NAK BUAT APRIL FOOL ke?"
semasa aku tgh syok tidur.... BOs Isteri Aku PN NORMALA datang.. aku dengan selamba nye tak bangun.. bukan ape.. memang tak larat.. betul2 mengantuk.. SORRY BOS...
2 apRiL- aku membeli buku Nama2 anak di Pasaraya Warta atau pun Bintang di bangi. Dekat je dengan Azzahra.. Harga Buku RM15. Banyak gak la nama2 yang BEST2. susah nak pilih. Tapi yang sebenarnya ada satu nama yang dah lama kami pikir2 kan. NAMA yang biasa kami panggil masa anakKu dalam perut lagi.. QASEH.. tapi sambungannya belum dapat lagi.. QASEH? APA MAKNANYE TU?.. bini aku bagi tahu.. "ia diambil dari perkataan Kasih. Sifat Kasih. Supaya ia Kasih kepada ayahnya, kasih kepada ibunya, kasih kepada dirinya, kasih kepada seluruh keluarga dan kasih kepada ALLAH.." ya.. aku harap adanya sifat KASiH itu dalam dirinya..selamanya..

pukul 3 petang kami pulang kerumah.. terima kasih warga kerja PUSAT RAWATAN AZZAHRA yang banyak membantu...

3 ApRiL- hari ini pagi-pagi lagi aku dah bersiap-siap untuk ke JPN. ermm nama yang kami telah fikirkan..? QASEH QAISARA.. tadi aku dah bagi tahu apa itu Qaseh.. ok... QAISARA pula maksudnya PERMAISURIKU... yehh!!! Aku harap, anak yang dinamakan permaisuri ini akan sentiasa bertindak bijak dalam kehidupan, sentiasa dihormati, dan sentiasa menggembirakan kami. SELAMAT DATANG ANAKKU QASEH QAISARA. SELAMAT DATANG DALAM KEHIDUPAN KAMI.

Popular Posts