Thursday, April 17, 2008

Kisah Qaseh Qaisara

29march- BANGUN!!!!!! hari ni pagi-pagi lagi AKU dah gegar isteriku bangun. IsteriKu ada 'checkup' di Pusat Rawatan Azzahra. Bukan apa, cepat pergi cepatlah baliknya nanti.Temujanji dengan Doktor Fazlina kali ini ialah untuk menentukan samada Baby dalam perut isteriKu itu OK ker tidak. Isnin yang lepas, Doktor ada beritahu yang Baby dalam perut tu dah tak selesa..
TIBA di Pusat Rawatan tu.. kamiLah orang kedua.. Doktor pun belum sampai. Jam pada masa tu pukul 8.15.. masih awal ni.. Doktor Fazlina pun akan masuk pukul 9 pagi. Setelah mendaftar di kaunter.. APA LAGI.. breakfast la.. pekena milo tarik & nasi lemak. IsteriKu makan APA? selera kami sama. sehati sejiwa... (hehehe:sebenarnya roti canai yang aku nak order belum ada orang nak buat, maklumlah dtg awal sgt)


PUKUL 9.15 setelah buat 'scan' Doktor kata kena induse hari ini jugak..baby dalam perut isteriKu dah tak selesa WOOOOoooo.. mane bole.. tak bersedia lagi.. "minta tangguh satu hari doktor...Esok KAMI datang!!!"pujuk aku dan isteri.

Keluar saja dari pusat rawatan kami terus ke kedai barangan bayi MANJAKU di bangi. beli Pampers MAMI POKO & tempat mandi baby.. Kemudian MINES WONDERLAND SHOPPING CENTRE jadi tempat tujuan kami. tengok wayang cerita L Change The World dan pastu makan-makan di KFC (tempat favourite IsteriKu). yer la.. esok kan dah kene masuk wad.. pulak tu kena Pantang sebulan..ehhh..44 hari daaa..


30march-
Nama Bilik kami di Pusat Rawatan Azzahra ialah Sentosa. Bilik tu best sebab dekat dengan tingkap. Bolehlah dengar riuh rendah bunyi kenderaan sebab berdekatan jalan raya. takdelah rasa sunyi sangat. Pulak tuh berdepan dengan nursery dimana baby2 yg dilahirkan di situ ditempatkan..

Pukul 11.45 pagi. Doktor mula masukkan ubat. Pukul 1 , pukul 2, pukul 3, pukul 4, pukul 5, pukul 6 rasa sakit perut isteriku masih biasa-biasa lagi.. Mula je pukul 7 lepas Azan Maghrib.. Start dah... isteriKu mula melalak.. sakit nye IsteriKu dan Perempuan-perempuan lain saja yang tahu.. disebabkan terlalu sakit Doktor Fazlina memberi ubat tidur kepada isteriku. ZZZzzzzzzzz.. tidur lena isteriKu... Lega hatiKu. Hilang RisauKu seketika.
31march- pagi ni.... isteriKu bangun dengan muka cerianya. Hilang sakitnya semalam. Mungkin kesan ubat yang dimasukkan telah hilang. Seronok aku, dapat lihat muka ceria isteriKu. Pukul 9 pagi doktor Fazlina masukkan sekali lagi ubat kepada isteriKu.Seperti semalam, isteriKu kembali sakit-sakit. Mula melalak. Mengereng kekiri, mengereng kekanan. Aku picit-picit belakang badannya, aku picit-picit kakinya untuk mengurangkan kesakitannya. Tapi seperti yang telah aku katakan sakitnya hanya Isteriku dan perempuan-perempuan sahaja yang tahu. (tapi aku paling tak gemar ada orang suka membebel waktu BINI aku tgh sakit.. bebel Lan tu macam mana nak tahu? "haaaa... macam ni la rasa sakit orang nak bersalin.. macam itulah ibu kita rasa masa nak melahirkan kita...") memang benda tu kita tahu... TAPI TAKDE KE CARA LAIN NAK BAGI NASIHAT DAN PENGAJARAN... kan bini AKU tengah sakit!!!!!.. siapa yang membebel tu? Lu pikir la sendiri..
sampai pukul 10 malam sakit tak henti-henti. sampaikan IsteriKu minta diBEDAH...dah sakit sangat..
tapi nurse-nurse kat situ kata.. "sabar, sabar" ...pukul 9 tadi.. Doktor Fazlina datang dan beri tahu jika sakit berterusan dan tak dpt nak tahan lagi.. isteriKu boleh terus masuk labor room. MEMANG DAH SAKIT SANGAT pukul 11 tu juga isteriku dihantar ke labor room. IsteriKu diberi Epidural untuk mengurangkan sakit bersalin. Doktor menjangkakan IsteriKu akan bersalin dalam pukul 9 pagi esok. HUH... lama jugak la nak duduk dalam bilik tu. haaa.. nak tahu keadaan Isteriku selepas diberi Epidural? RASA kebas-kebas dari bawah perut sampai hujung kaki. Takde rasa sakit lagi. Nak angkat kaki pun tak boleh.. Kuat betul kesan Epidural ni. takpela yang penting Isteriku boleh TERSENYUM. dan AKU... boleh melelapkan mata sekejap.Pukul 4.30 pagi ini sgt-sgt menggembirakan. Bidan beri tahu yang bukaan utk baby keluar dah besar. 7 cm dah!!Jangkaan Pukul 9 pagi tadi meleset. Doktor Fazlina tiba jam 4.45 pagi. Semua bersiap sedia hendak menyambut kelahiran anakKu. Perasaan AKU? gembira, terharu, berdebar. Aku telah bersedia menyambut kelahiran anak pertamaKu. Aku berdiri disebelah isteriKu. Aku genggam erat tangannya.Doaku di dalam hati tak putus2 agar isteri dan anak aku selamat..

Pukul 5.05 pagi. 1 April 2008 Itulah waktu bersejarah dalam hidupku. Aku dapat lihat perlahan-lahan anak pertamaKu keluar. SYUKUR AKU KEPADA ALLAH... kerana telah menyelamatkan isteriKu melahirkan anak yang sihat. rasa sedih bercampur gembira ada dalam diri aku ketika ini. Hendak menitis rasanya Air Mataku. tapi ku tahan. Aku takde peruntukan air mata untuk Kegembiraan. Aku belum ada rasa sedih.. dalam diri banyak keBENGANGan sahaja... (cetsSSS!!!).
Opsss!! lupa plak.. TERIMA KASIH BANYAK2 DOKTOR FAZLINA.. kerana berjaya menyambut kelahiran anakKu. Terima kasih melayan KAMI dengan baik selama ini.
Pagi 1 april selepas mengSMS khabar gembira kepada saudara mara & sahabat-sahabat, aku pun melelapkan MATA. ermmm sebelum tu... RAMAI gak yang aku SMS tu tak caye yang AKU dah dpt BABY.. nak tahu apa diorang kata? "NAK BUAT APRIL FOOL ke?"
semasa aku tgh syok tidur.... BOs Isteri Aku PN NORMALA datang.. aku dengan selamba nye tak bangun.. bukan ape.. memang tak larat.. betul2 mengantuk.. SORRY BOS...
2 apRiL- aku membeli buku Nama2 anak di Pasaraya Warta atau pun Bintang di bangi. Dekat je dengan Azzahra.. Harga Buku RM15. Banyak gak la nama2 yang BEST2. susah nak pilih. Tapi yang sebenarnya ada satu nama yang dah lama kami pikir2 kan. NAMA yang biasa kami panggil masa anakKu dalam perut lagi.. QASEH.. tapi sambungannya belum dapat lagi.. QASEH? APA MAKNANYE TU?.. bini aku bagi tahu.. "ia diambil dari perkataan Kasih. Sifat Kasih. Supaya ia Kasih kepada ayahnya, kasih kepada ibunya, kasih kepada dirinya, kasih kepada seluruh keluarga dan kasih kepada ALLAH.." ya.. aku harap adanya sifat KASiH itu dalam dirinya..selamanya..

pukul 3 petang kami pulang kerumah.. terima kasih warga kerja PUSAT RAWATAN AZZAHRA yang banyak membantu...

3 ApRiL- hari ini pagi-pagi lagi aku dah bersiap-siap untuk ke JPN. ermm nama yang kami telah fikirkan..? QASEH QAISARA.. tadi aku dah bagi tahu apa itu Qaseh.. ok... QAISARA pula maksudnya PERMAISURIKU... yehh!!! Aku harap, anak yang dinamakan permaisuri ini akan sentiasa bertindak bijak dalam kehidupan, sentiasa dihormati, dan sentiasa menggembirakan kami. SELAMAT DATANG ANAKKU QASEH QAISARA. SELAMAT DATANG DALAM KEHIDUPAN KAMI.

Popular Posts