Friday, April 25, 2008

Cash Deposit Machine

25 april- pagi-pagi lagi ada sorang mamat INDIA datang dekat dgn aku kat kaunter. CARI En Yazid. ermmm.. mane ade ppc aku tu hari ni.. die cuti. aku tanya cari dia untuk ape.. die bagi tahu nak Pasang CDM. wahhhhh!!! tersenyum skit aku.. (sikit jer.. takder lebih2..) KENAPA AKU MESTI NAK TERSENYUM? haaaa.. kalau korang nak tahu.. CDM tu la yang ditunggu2 oleh warga kerja operasi.. mungkin benda ni akan mengurangkan sedikit beban kerja kat
GENG-GENG unit operasi. DAN yang paling penting takdelah customer membebel pasal servis kaunter lambat. biasak lah.. mungkin diorang nampak kerja kitorang ni sikit. Iyala.. Customer tak boleh disalahkan jugak. Sebab diorang pun ada yang sedang berkerja dan tak boleh ambil masa lama2 sgt untuk keluar. Takpela.. aku cuba senyum selalu..itulah yang selalu BOS aku En Hafizalshah pesan. Tapi selalunya muka masam tu tak boleh nak kawal. Mintak maapla banyak2. Ada satu cerita aku nak selitkan pasal pelanggan aku. pernah ada satu customer ni.. marah sgt dengan pihak bank kerana menayangkan cerita yang tak bersesuaian. Mase tu buka TV3. kebetulan pulak mase tu ada cerita Sepanyol. almaklumlah cerita Sepanyol tu seksi sana seksi sini.. MARAH la pelanggan tu. Disuruh nye aku tukar mase tu jugak. Sebenarnya sebelum citer tu ada berita tengahari. Tak sempat pulak nak tukar kepada Discovery Channel. . huh macam2 la. tak lama lepas tu aku pun tukar la Discovery Channel. Masa tu.. ada pulak customer lain membebel dengan kuat. kena plak mase tu Rancangan Discovery tu tgh citer pasal Monyet. Nak tak apa yang dibebelkan? "aperla bank ni.. buka cerita pasal monyet. takder rancangan lain ker? buka la cerita drama ker berita ke.. nak jadi monyet ker ape?" habis satu bank dengar bebelan makcik tu..
hahahaha.... itulah die... macam-macam orang KOMPLEN yang aku dengar.. OPSss!!! lari dari tajuk plak aku ni..
Cerita balik pasal CDM. aku harap lepas ni kalau PELANGGAN2 yang datang akan lebih selesa. Gunakanlah mesin canggih KaMi tu. Duit RM5 pun boleh digunakan. pastu kalau servis mesin tu lambat. MARAH lah mesin tu.. heheehee

No comments:

Popular Posts