Saturday, July 26, 2008

Pertandingan Mewarna Bank Rakyat

7.30pagi~Hari ini Bank Rakyat menganjurkan Pertandingan Mewarna di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Pertandingan ini adalah hasil usahasama Bank Rakyat dan Pihak Utusan. Hampir seribu pelajar menyertai pertandingan mewarna kali ini.
Pada pertandingan kali ini aku telah dipilih untuk menjadi Maskot Nuri. Dipilih oleh En Yazid. Itupun sebab takde sape yang nak menawarkan diri. huhuhu... Selain maskot nuri ada satu lagi iaitu maskot Kawan. Maskot Kawan dipakai oleh PA kepada Ropi. Ropi( pelawak dari kumpulan cecupak) menjadi penyeri majlis pada Pertandingan Mewarna ini.
Kerja aku bermula jam 10.30 pagi apabila pelajar2 didewan menjerit2 memanggil nuri. Rasa macam artis jugak la. heheheh.. Atas pentas aku kene berjoget dengan maskot kawan dan Si Ropi pulak menyanyi. PANAS GILE wOOO!! pakai sut maskot nuri ni.. Tapi satu pengalaman yang menarik la..
Lepas menyampaikan hadiah pada pelajar2 yang berjaya menjawab soalan kuiz, aku diberi rehat. Kali ini aku aku tukar pulak dengan seorang lagi budak bank, Rahim. Dia setuju nak gantikan aku jadi maskot tu.
Acara tamat pada jam 1.00 tgh hari dengan acara terakhir sekali bergambar dengan pelajar2 sekolah. Ermm.. memang seronok la dapat jadi maskot nuri dan dapat lepak2 dengan Ropi. Kepada Ropi, kalau ada show nak guna orang call me Ok!..



Aku dan Ropi bergambar setelah tamat acara.


YEAH! Maskot Nuri yang bergaya.



Rahim dan kepala nuri

Sunday, July 13, 2008

Memancing di Litar F1

Hari sabtu lepas Aku, Ayah and Hanif pergi memancing dekat sepang. Kolam memancing ni betul2 sebelah Litar F1. Tempat ni memang best la. Kawasan pun bersih. Sgt2 selesa. Tapi kureng satu la.. TANDAS tidak disediakan. Kitorang memulakan aktiviti memancing jam 3 petang.
Hasil tangkapan pada hari tu ialah ikan tilapia. Banyaknya tidak terkira. Ikan yang kecil2 kitorang lepaskan.

Gaya Hanip sedang Memancing

Ayah sedang menuggu umpan dimakan ikan

Saturday, July 5, 2008

Hari ni aku..

Hari ni aku nak pergi kerja, pergi memancing. Pergi kerja, pergi memancing. Pergi kerja, pergi memancing. Rasa malas nye nak pergi kerja. Memancing pun tak tahu jadi ker tidak.
isk.. Semalam main Bowling. Di Metropoint Kajang. Pertandingan anjuran Shafik Sallehuddin & Kamal. 1st game aku 160pin. 2nd & 3rd HANCUS... Pemenang individu malam itu ialah Farid. Orang yang tak pernah2 lepas 100pin tetiba menang. Pemenang bagi group malam tu BANGI C. Group aku la tu.. dapat hadiah RM200 utk dikongsi bersama. Yang amat mengecewakan malam tu bagi aku ialah group cawangan kajang. Tak sempat penyampaian hadiah lagi semua dah cabut. Sangat2 mendukacitakan. PapePON terima kasih kepada penganjur TETUAN SHAFIK SALLEHUDDIN & KAMAL kerana sudi entertain BANK RAKYAT cawangan Bangi & Kajang pada malam itu.





Balingan cantik Aku. Tapi tak strike pun.





Farid Juara Pertandingan Bowling Malam itu dengan Jatuhan Pin tertinggi bersama Kumpulan Bangi A.



Popular Posts