Wednesday, September 16, 2009

Buka Puasa @JM Bariani


HAri ini aku dan budak budak Banting club (bbBc) telah bersama2 berbuka puasa di JM Bariani di Alamanda. Perjumpaan yg last minute dirancang oleh AKU dan Afik malam semalam hanya berjaya menemukan 8 orang geng sahaja walaupun mempunyai beratus-ratus ahli diseluruh malaysia. Majlis yang dirancang untuk diadakan di PICC Putrajaya pada mulanya tidak berjaya kerana geng-geng bbBc mempunyai bermacam2 masalah. Bil makan-makan untuk 8 Org RM196. Sorang RM20 shj.
Selesai sahaja majlis berbuka puasa acara berjalan sambil shoppin diadakan disekitar butik-butik di Alamanda. Si Haidar sempat la beli baju RM12 (tshirt Antioni). Baju tu die terus pakai. Sebab mau jumpa die punya bini. Si Faiz beli baju melayu RM125. Aleng plak aku tak sempat nak tgk die beli ape. Tapi nampak cam shoppin sakan gak la..
Perjumpaan bbBc berakhir di depan MPH berdekatan Watson. Selepas melepaskan beberapa bijik lawak dan gurauan kami pun blahhh!! Jumpa lagi HARI RAYA nanti!
Terima Kasih kepada yang hadir hari ini,,AKU,Fatin,Afik&Girlfren,Haidar,Aleng&Tunang dan Faiz...

Monday, September 7, 2009

Peristiwa Nuzul Al-Quran

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa
Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq

Monday, August 31, 2009

Saturday, August 22, 2009

Konvoi to Kelate

7-9 Ogos 2009. Aku telah gi ke Kelate untuk menghantar rombongan meminang adik ipar aku di Pasir Mas. Lame dah tak pegi sana. 7 buah kereta telah menyertai konvoi ini. Apa yang menarik kat sana ialah untuk sarapan pagi susah nak jumpa Nasi Lemak or Roti Canai. Yang banyak nye Nasi Kerabu dan Nasi Dagang. Tak larat aku nak makan Nasi Dagang buat sarapan. Satu lagi yang aku 1st time jumpe, cekodok Durian. Lebih kurang cam cempedak goreng la. Kreatif tul orang sini. Kesimpulannye makanan kat sini sume nye manis-manis belaka.

Pasir Mas ni lebih kurang cam Sabak Bernam. Yang best mase pegi  Rantau Panjang. Boleh Shopping. Nak Shopping baju Manchester United. Tapi tak sampai hati plak nak beli baju Man U yg tak ORI.. last-last beli baju REAL MADRID ada nama RONALDO!





Berkumpul di hentian Rawang 'breakfast'



Mummy & Daddy


Lunch @ Tasik Raban





Ketua Meminang berPantun




ieeeeee!!!!

Ronaldo is REAL MAN UNITED not REAL MADRID

Friday, July 24, 2009

Macam sama..Tapi tak serupa..

Qaseh Qaisara


Aina Hafizah (MaKsu)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gambar adik aku, Aina aku jumpe ntah camane ade dalam laptop nih..Gambar mungkin umo die 2 tahun kot! Aku tunjuk pada Fatin. Dia ingat gambar Qaseh. heheehhh.. Aku plak ambil gambar Qaseh gune Henpon. Nak bandingkan ade perbezaan ke idak.. Kalu diperhatikan bebetul.. ade beza tang idung kan.. :)

Popular Posts