Friday, June 13, 2008

Ekspo Belian Plus


Dari Hari Khamis 12 jun bermula Ekspo Belian Plus yang diadakan di Wisma Unikeb Bangi. Ekspo yang diadakan
hasil usahasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Pihak Unikeb akan berlangsung selama seminggu. Banyak jenis alat-alat elektrik, perabot-perabot, motorsikal dan perhiasan rumah dipamerkan.
Ekspo ini juga memudahkan pelanggan-pelanggan yang berkelayakan membuat pinjaman dengan Bank Rakyat untuk membeli barang-barang pameran. Bank Rakyat Cawangan Bangi iaitu Cawangan yang terlibat didalam ekspo ini menjanjikan kelulusan segera bagi pemohon yang berkelayakan dan penyediaan dokumen yang lengkap.

Diharap Ekspo ini akan berjalan lancar dan berjaya.

No comments:

Popular Posts